Profil Sekolah


LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara telah siap dibina pada 1965 terdiri daripada blok A, B dan C, sebuah makmal sains dan sebuah kantin. Pada ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Inggeris, Kluang cawangan Sekolah Tinggi Kluang. Semasa baru di buka sekolah ini mempunyai 17 buah kelas yang menampung pelajar tingkatan 1 dan 2 seramai 637 pelajar dan bilangan guru seramai 25 orang. Pengetua pertama yang memimpin sekolah ini adalah En. A. Sellathuray.
Pada Oktober 1966, buat pertama kali seramai 121 pelajar telah mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Mereka yang telah lulus peperiksaan tersebut menyambung pelajaran ke Sekolah Tinggi Kluang.
Pada akhir tahun 1966 pengetua dan ahli jemaah pengelola sekolah telah bersetuju untuk menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Tengku Aris Bendahara sempena nama adinda almarhum DYMM Sultan Ismail, Johor.
Sekolah tengku Aris Bendahara telah dirasmikan oleh Menteri pelajaran YB. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Yaacob pada hari Khamis 9 Oktober 1969. Pada tahun berikutnya sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah menengah sepenuhnya. Semenjak sekolah ini dibina sehingga sekarang ia telah dipimpin oleh 6 orang pengetua seperti berikut:

En. A. Sellathuray
September 1965 – 1 November 1969
En. Yeo Cheng Swee
1 Januari 1870 – 1 Disember 1972
En. Austin Hooi Peng Chiew
1 Januari 1973 – 30 Disember 1974
En. Foo Hong Chung
1 Mac 1975 – 9 Jun 1985
En. Wong Loke Keng
16 Februari 1986 – 16 Mac 1999
Tn. Hj. Md. Arif bin Hj. Idris
16 Mac 1999 – 28 April 2003
Pn. Hjh Ruhmaniah Mohd Rapiee
Pn. Hjh Paijah bt Kassan
14 Januari 2004 - 29 April 2012
Jun 2012 - sekarang

Pada tahun 1970 seramai 123 orang pelajar telah mengambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education(MCE) buat kali pertama. Pada tahun 1983, sekolah ini telah mengadakan tingkatan 4 aliran sains tulen. Sebelum ini pelajar yang terpilih memasuki aliran sains dihantar ke sekolah Sultan Abdul Jalil dan Sekolah Cannossian Convent Kluang. Pada tahun 2005 bilangan guru sekolah adalah seramai 122 orang  sejajar dengan bilangan pelajar iaitu seramai  2387 orang.
Dari setahun ke setahun pelbagai perkembangan telah berlaku di Sek Men Keb Tengku Aris Bendahara Kluang. Pada 1965 blok A, B, D dan kantin siap dibina. Seterusnya tahun 1970 tempat letak kereta dan pagar sekolah pula dibina. Blok C telah dibina pada 1977 yang mnyediakan makmal sains dan beberapa bilik darjah. Surau dibina setahun kemudian dan pada masa yang sama kebun sains telah diwujudkan. Pada 1979 gelanggang bola keranjang, sepak takraw, bola tampar dan gelanggang tenis tanpa simen telah dibina. Seterusnya pada 1982 blok E dibina bagi menempatkan makmal sains tulen dan perpustakaan. Pada tahun 1986 astaka sekolah telah dibina dan tahun 1990 pemasangan penghawa dingin di perpustakaan dilaksanakan , makmal computer dibina dan sambutan Jubli perak telah diraikan. Pada 1992 pula blok F 4 tingkat telah dibina dan penambahan astaka untuk menampung bilangan pelajar dan keperluan sekolah  juga dibina. Selain itu pusat sumber sekolah (bilik tayangan dan bilik media) telah dirasmikan. Manakala pada tahuan 1994 stor pendidikan jasmani telah diwujudkan. Penambahbaikan terhadap bangunan sekolah dilakukan pada 1995 seperti pemasangan pagar, pembinaan bengkel, astaka tambahan, bilik mesyuarat, blok F dan pemasangan jubin di bilik pengawas dan bilik data.  

VISI SEKOLAH


Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MISI SEKOLAH


Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Logo SEKOLAH






LAgu SEKOLAH





Lokasi SEKOLAH



~Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas~
SMK Tengku Aris Bendahara
KM 5 Jalan Mersing
86000 Kluang
Johor.

No. Tel. : 07-7711457
No. Faks : 07-7722451